Presiden Fila Filipina ditemukan maut di Singapura

Presiden Fila Filipina ditemukan maut di Singapura

MARICRIS ABAD SANTOS ALBERT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang ahli perniagaan terkenal Filipina ditemukan meninggal dunia di Hotel The Fullerton Bay, di sini pada awal pagi Sabtu lalu.

Lapor The Straits Times, Maricris Abad Santos Albert, 52, atau lebih dikenali sebagai Cris Albert merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Fila Filipina.

Beliau dilaporkan sudah menerajui syarikat pakaian sukan itu sejak 2007.

Ibu kepada dua anak itu juga merupakan Presiden Isport dan Athlete’s Gym & Dive serta pengasas MA Holdings.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu di 80 Collyer Quay kira-kira pukul 1.05 pagi pada Sabtu lalu.

Pihak berkuasa menemukan Albert dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

Pasukan paramedik kemudiannya mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

Jurucakap pihak berkuasa Singapura memaklumkan, polis kini menjalankan siasatan dan menyifatkan kes itu sebagai kematian luar biasa.

Dalam pada itu, Fila Filipina mengesahkan kematian Albert menerusi hantaran yang dibuat menerusi Facebook kelmarin.

“Keluarga mendiang meminta orang ramai menghormati privasi mereka untuk berdepan dengan situasi sedih ini.

“Butiran kematian Albert akan didedahkan dalam masa terdekat,” menurut hantaran tersebut.

Albert berada di Singapura bagi menghadiri satu majlis di hotel berkenaan pada petang Jumaat lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya