TEBING BARAT: Pasukan keselamatan Israel dilaporkan menembak mati tiga lelaki palestin di Tebing Barat dalam satu kejadian hari ini.
Polis Zionis memaklumkan, tiga lelaki itu bersenjata dan terbunuh ketika berbalas tembakan dengan pihak berkuasa.
“Ketiga-tiga suspek itu disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan dan tembakan dilepaskan selepas mereka menyerang pasukan keselamatan,” jelas polis Israel dalam kenyataan.
Beberapa saksi di tempat kejadiann memaklumkan, polis Israel melarang kemasukan paramedik selepas insiden itu berlaku.
Media Palestin melaporkan, ketiga-tiga lelaki itu merupakan anggota Briged al-Quds dari pergerakan Jihad Islam.
Ketiga-tiga pemuda itu dikenal pasti sebagai Khalil Tawalbeh, 24, Saif Abu Libdeh, 25, dan Saeb Abahra, 30.
Pasukan kecemasan Palestin turut memaklumkann pihak berkuasa Israel masih menyimpan jenazah ketiga-tiga pemuda tersebut dan enggan menyerahkannya kepada keluarga mereka.