Pengemis melampau paksa pelancong bagi duit kalau tak nak beli tisu

Pengemis melampau paksa pelancong bagi duit kalau tak nak beli tisu

KESEMUA pengemis yang diberkas akan dihantar ke Jabatan Sosial Bandung sebelum dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Seramai 28 peminta sedekah yang menjual tisu di pelbagai kawasan di Kuta diberkas anggota polis. 

Suspek yang diberkas melibatkan 21 kanak-kanak beumur antara satu hingga 15 tahun, manakala, tujuh dewasa berusia 35 hingga 60 tahun.  

Lapor Kompas.com, kesemua suspek ditangkap kerana didapati mengganggu pelancong di kawasan itu dengan memaksa mereka memberikan duit sekiranya tidak mahu membeli tisu.  

Pegawai Polis Kuta, Nengah Wika berkata, tangkapan itu dibuat susulan menerima aduan daripada pelancong. 

Katanya, pihak polis akan memantau perkara tersebut pada masa depan kerana mencalarkan imej pelancongan di kawasan Kuta.

“Operasi melibatkan anggota polis dari Linmas dan Kuta Jagabaya di Jalan Kuta hingga ke Tuban dan Badung. 

“Kita dapati peminta sedekah itu datang dari Karangasem, Bali dan pernah ditangkap beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Menurut Nengah, kanak-kanak sepatutnya berada di sekolah dan bukan berada di jalanan dengan megemis sampai memaksa pelancong.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN