Penduduk terpaksa usung jenazah tujuh km sebab tiada jalan raya

Penduduk terpaksa usung jenazah tujuh km sebab tiada jalan raya

PENDUDUK kampung Wailamung terpaksa mengusung jenazah sejauh tujuh kilometer disebabkan ketiadaan jalan raya yang menghubungkan ke kampung lain.-MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAUWERE: Penduduk Kampung Wailamung di Talibura terpaksa mengusung keranda sejauh tujuh kilometer (km) disebabkan sikap lepas tangan pihak berkuasa tempatan yang tidak membina jalan di kawasan itu. 

Lapor Kompas.com, Ketua kampung itu, Markus Muksim berkata, insiden itu bukan perkara baharu di kampung ini kerana sudah berulang kali berlaku. 

Katanya, kejadian serupa pernah berlaku melibatkan seorang wanita yang ingin melahirkan anak. 

Jelasnya, pihaknya juga sukar mendapatkan kenderaan pacuan empat roda untuk membawa wanita mengandung itu ke fasiliti kesihatan. 

“Kami terpaksa bekerja keras mencari lori sampah bagi menyelamatkan orang ramai yang ingin melahirkan anak atau sakit. 

Sebelum ini, tular video menunjukkan penduduk kampung membawa keranda jenazah ke Kampung Klatang Kajowain yang terletak sejauh tujuh kilometer.

Jenazah itu asalnya dihantar menggunakan ambulans sebelum terjatuh ke dalam lubang.  

Markus berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada pihak PBT untuk membina jalan sejak 2018. 

“Tahun ini juga kita buat permohonan sekali lagi. Namun, Agensi Perancangan Pembangunan Wilayah memaklumkan cadangan itu tidak termasuk dalam sistem perancangan pihaknya,” katanya. 

Markus berharap Kerajaan Sikka dapat memberi keutamaan mengenai peruntukan perbelanjaan membina jalan di kawasan perkampungan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya