Penduduk mula tinggalkan Jakarta untuk pulang beraya di kampung - Utusan Malaysia

Penduduk mula tinggalkan Jakarta untuk pulang beraya di kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ribuan orang ramai mula memenuhi Stesen Kereta Api Pasar Senen hari ini bagi melakukan perjalanan pulang ke kampung (mudik) untuk menyambut Aidilfitri.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan CNN Indonesia, hampir semua tempat duduk di stesen tersebut penuh dengan dengan kebanyakan penumpang membawa bagasi untuk pulang ke kampung.

Terdapat juga penumpang yang membawa sejumlah barangan untuk dibawa pulang untuk keluarga tersayang.

Menurut pengurusan stesen tersebut, kira-kira 3,538 orang bakal meninggalkan Jakarta hari ini untuk pulang ke kampung dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari mendatang.

Selain itu, tiket masih dijual dan orang ramai berpeluang membuat pembelian sebelum kehabisan.

Aidilfidijangka disambut meriah di seluruh dunia selepas dua tahun dilanda pandemik Covid-19.

Kerajaan Indonesia sebelum ini mewajibkan semua penduduk yang ingin pulang beraya ke kampung untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.

Jika belum mengambil dos penggalak, penumpang perlu melakukan ujian Covid-19 di lokasi mudik sebelum meneruskan perjalanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya