Pakistan nafi dakwaan Imran AS dalang konspirasi singkirkannya - Utusan Malaysia

Pakistan nafi dakwaan Imran AS dalang konspirasi singkirkannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Majlis Keselamatan Negara Pakistan menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Imran Khan kononnya Amerika Syarikat (AS) mengetuai konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya menerusi usul undi tidak percaya.

Lapor Al Jazeera, bekas duta Pakistan ke AS, Asad Majeed yang pernah menulis kabel diplomatik mengenai pandangan Washington berhubung lawatan Imran ke Moscow, memberi taklimat kepada pemimpin awam dan tentera pada forum Jawatankuasa Keselamatan Negara (NSC).

“NSC selepas meneliti kandungan komunikasi, penilaian diterima dan kesimpulan dikemukakan oleh agensi keselamatan memutuskan tiada konspirasi seperti didakwa,” jelas kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, agensi perisikan utama Pakistan memaklumkan kepada NSC bahawa mereka tidak menemukan sebarang bukti yang menyokong teori konspirasi tersebut.

Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) menuntut satu siasatan dijalankan oleh badan kehakiman berhubung konspirasi tersebut.

Imran mendakwa Washington menyokong konspirasi untuk menyingkirkannya daripada jawatan perdana menteri negara itu.

Imran berkata, ia berikutan beliau sebelum ini melawat Moscow yang bertentangan dengan nasihat AS.

Bagaimanapun, AS menafikan tuduhan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya