Orang ramai diminta pulang ke kampung tak guna jalan tol

Orang ramai diminta pulang ke kampung tak guna jalan tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo berharap orang ramai mempertimbangkan untuk pulang ke kampung menggunakan jalan selain lebuh raya bertol.

Ini susulan aliran trafik dijangka menyaksikan peningkatan luar biasa kerana dua tahun orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung sempena musim perayaan akibat Covid-19.

“Kita harap jalan ini menjadi pilihan kerana rata-rata pengguna akan memilih jalan bertol yang dibimbangi akan menjadi sesak.

“Ada alternatif jalan selatan yang baru selesai dibina dan dapat dijadikan pilihan.

“Contohnya, pengguna mungkin dapat menggunakan jalan-jalan alternatif di pantai utara atau jalan alternatif di kota,” katanya.

Kira-kira 85 juta orang dijangka pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Aidilfitri tahun ini.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN