Mahkamah Pakistan putuskan usul undi tidak percaya perlu diteruskan

Mahkamah Pakistan putuskan usul undi tidak percaya perlu diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berkemungkinan besar akan disingkirkan dari pejabatnya minggu ini, selepas mahkamah tertinggi negara memutuskan tindakannya untuk menghalang undi tidak percaya adalah tidak berperlembagaan.

Mahkamah juga memutuskan sesi pengundian perlu dijalankan esok yang dijangka tidak memihak kepada pentadbiran Imran.

Mengulas mengenai perkembangan itu, Imran mengumumkan akan mengadakan mesyuarat Kabinet dan menyampaikan ucapan khas hari ini.

“Mesej saya kepada negara adalah jelas, saya sentiasa berjuang untuk rakyat Pakistan dan akan terus berjuang sehingga ke hujung,” tegasnya lapor BBC.

Ahad lalu, Timbalan Speaker Dewan Negara Pakistan tidak meluluskan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan Imran dibahaskan dan menyifatkan ia konspirasi asing untuk menjatuhkan kerajaan.

Keputusan itu dibuat ketika ahli Parlimen bersidang untuk mengundi usul bagi menggulingkan kerajaan diterajui parti Tehreek-e-Insaf (PTI).

Imran kemudian bertindak membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya mengejut.

Ahli Parlimen pembangkang kemudian membuat permohonan di Mahkamah Agung bagi menentukan keabsahan terhadap halangan melakukan pengundian.

Keputusan mahkamah itu disambut dengan sorakan penuh kegembiraan daripada parti pembangkang.

Ketua Pembangkang dari Perhimpunan Kebangsaan Shehbaz Sharif memberitahu keputusan mahkamah tersebut akhirnya ‘memenuhi harapan rakyat’.

Penyokong tegar Imran pula melaungkan slogan anti-Amerika di luar kawasan mahkamah sehingga memaksa anggota polis memisahkan himpunan dua kumpulan.

Sekiranya Imran digulingkan daripada tampuk pemerintahan, parti pembangkang dijangka melantik Perdana Menteri Baharu yang boleh memegang kuasa sehingga Ogos 2023, apabila pilihan raya baharu diadakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya