Mahasiswa Indonesia anjur demonstrasi besar-besaran esok

Mahasiswa Indonesia anjur demonstrasi besar-besaran esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia (BEM SI) akan mengadakan demonstrasi besar-besaran esok bagi menuntut Pilihan Raya 2024 tidak ditangguhkan dan tempoh pentadbiran Presiden Indonesia, Jokowi tidak dilanjutkan lagi.

Di Jawa Barat, anggota polis yang ditugaskan dilarang membawa senjata api semasa mengawal peserta demonstrasi.

Ketua Polis Daerah Jawa Barat, Bariza Zulfi mengarahkan anggotanya tidak membawa senjata api termasuk cota.

Jelasnya, seramai 828 anggota polis akan dikerahkan ke seluruh lokasi yang terlibat dengan demonstrasi.

“Bagi anggota yang membawa senjata, simpan sahaja di tempat selamat di rumah.

“Setiap anggota polis perlu bersikap tenang ketika mengawal mahasiswa dan menganggap mereka sebagai anak-anak dan adik-adik yang merupakan pewaris bangsa.

“Kita perlu tunjuk cara melayani dan mengawal mereka. Paling penting tiada pihak lain menyusup masuk ke dalam aksi demonstrasi esok dan tidak terpancing dengan provokasi,” katanya lapor Kompas.com.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Jawa Barat, Pesuruhjaya Polis Ibrahim Tompo berkata, polis akan mengawal demonstrasi dengan cara terbaik dan berperikemanusiaan.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Keamanan, Mahfud meminta setiap peserta tidak melanggar undang-undang, meskipun aksi tunjuk perasaan itu sebahagian daripada proses demokrasi.

Jelasnya, demonstrasi perlu dilaksanakan dengan tertib semasa menyampaikan setiap aspirasi yang disuarakan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN