BANGKOK: Seorang lelaki melepaskan tembakan terhadap seorang pesakit di wad kecemasan di sebuah hospital yang terletak di daerah Pak Khat, wilayah Bueng Kan.
Lapor Thethaiger, pihak polis berjaya memberkas suspek berusia 21 tahun dan turut menyoal siasat staf perubatan yang menjadi saksi kejadian.
Menerusi video tular dalam media sosial, suspek berbaju biru memasuki wad kecemasan dan melepaskan tembakan terhadap seorang lelaki yang mengalami kecederaan sehingga menimbulkan ketakutan terhadap dua petugas perubatan wanita.
Media tempatan melaporkan suspek berjaya diberkas beberapa jam selepas itu di hospital berlainan kerana cuba mendapatkan rawatan bagi merawat kecederaan di bahagian pergelangan tangan.
Kejadian dipercayai berpunca daripada pergaduhan melibatkan dua kumpulan di sebuah restoran sebelum itu.
Minggu lalu, seorang lelaki menembak anak lelakinya sehingga mati sebelum membunuh dirinya sendiri di sebuah sekolah.