Lebih 900 mayat ditemukan di kawasan sekitar Kyiv - Utusan Malaysia

Lebih 900 mayat ditemukan di kawasan sekitar Kyiv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Lebih 900 mayat ditemukan di beberapa kawasan sekitar Kyiv, ibu negara Ukraine.

Penemuan mayat itu berikutan pengunduran tentera Rusia dari kawasan tersebut.

Lapor Al Jazeera, polis berkata, kebanyakan mangsa terkorban akibat ditembak dan dihukum bunuh.

Menurut polis, sekurang-kurangnya 350 mayat ditemukan di bandar Bucha sahaja.

Ketua pasukan polis wilayah, Andriy Nebytov berkata, mayat bergelimpangan di sekitar jalanan atau dikebumikan sementara dalam beberapa kubur secara beramai-ramai.

Katanya, data polis menunjukkan 95 peratus mangsa maut akibat terkena tembakan.

“Kami juga sedar di bawah pengepungan Rusia, orang dibunuh secara kejam di jalanan,” katanya.

Nebytov memaklumkan lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan dan dalam kubur besar setiap hari.

Tambahnya, pekerja pembersih mengumpul dan mengebumikan mayat berkenaan di pinggir bandar Kyiv ketika ia masih berada di bawah kawalan Rusia.

Beliau juga mendakwa tentera Rusia `memburu’ individu pro-Ukraine yang lantang menyuarakan pendirian dan sokongan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN