Lari sebelum akad nikah, pengantin wanita rugi RM135,444

Lari sebelum akad nikah, pengantin wanita rugi RM135,444

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TENGAH: Seorang lelaki berasal dari Semarang diberkas pihak polis selepas menipu bakal calon isterinya sendiri sebanyak 461 juta rupiah (RM135,444).

Lapor Tribunnews, suspek juga melarikan diri sebelum akad nikah berlangsung, walaupun kad jemputan sudah diedarkan kepada tetamu.

Pelaku ialah Mulyani Sanjoyo, 43, dan mangsa, TH, 34, berasal dari bandar Magelang.

Difahamkan, pasangan itu mula berkenalan menerusi aplikasi Tinder sejak Jun 2018.

Selepas sebulan menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih, lelaki itu memberitahu mangsa dia tidak berselera makan kerana sering dikejar pemungut hutang.

Lelaki itu malah memberitahu ibunya sedang sakit dan tidak mampu meneruskan rawatan kerana tidak mempunyai wang mencukupi bagi menjalani pembedahan.

Mangsa kemudian menyerahkan sejumlah wang kepada suspek.

Ketua Polis Bandar Magelang, Yolanda Evallyn Sebayang berkata, suspek kemudian berkunjung ke rumah mangsa untuk berjumpa kedua-dua orang tua wanita itu.

Jelasnya, suspek kononnya berniat serius untuk mengahwini anaknya.

“Sebulan selepas itu, lelaki itu mengadu keretanya mengalami kemalangan dan meminjam wang daripada wanita itu.

“Beberapa bulan selepas itu, suspek meminta wanita itu melakukan persiapan perkahwinan termasuk menyediakan kad jemputan,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN