Korban Ribut Megi bertambah 117 orang - Utusan Malaysia

Korban Ribut Megi bertambah 117 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUYOG: Angka korban insiden tanah runtuh dan banjir di Filipina yang dicetuskan oleh ribut Megi meningkat kepada 115 orang hari ini.

Pihak berkuasa memaklumkan, lebih banyak mayat mangsa ditemukan di beberapa perkampungan yang dilanda banjir lumpur.

Sejumlah lagi hilang dan dikhuatiri maut selepas ribut terkuat itu menyebabkan hujan lebat selama beberapa hari, menyebabkan penduduk berpindah ke pusat perlindungan.

Di tengah wilayah Leyte, iaitu kawasan paling teruk terjejas akibat Megi menyaksikan banyak rumah menyembah bumi selepas dilanda banjir lumpur.

Pasukan kecemasan menemukan sekurang-kurangnya 26 mayat mangsa dan 150 lagi dilaporkan hilang.

Menurut penduduk setempat, kbanyakan penduduk yang terkorban adalah mereka yang mendaki kawasan gunung untuk mengelak daripada banjir.

Ribut Megi membadai empat bulan selepas taufan super ‘meranapkan’ negara ini, menyebabkan lebih 400 mati dan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya