Kes Covid-19 global makin menurun

Kes Covid-19 global makin menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bilangan kes baharu Covid-19 di seluruh dunia menyaksikan penurunan sejak Mac lalu. 

Lapor The Guardian, WHO berkata, sebanyak 5.59 juta kes direkodkan antara 11 hingga 17 April lalu, iaitu 24 peratus lebih kurang berbanding minggu lalu. 

Bilangan kes kematian baharu juga menurun 21 peratus iaitu bersamaan 18,215 kes. 

Bilangan kes baharu juga didapati semakin menurun di semua negara, walaupun benua Amerika hanya menyaksikan penurunan kes sebanyak dua peratus. 

“Trend ini perlu ditafsirkan dengan berhati-hati kerana beberapa negara secara beransur-ansur mengubah strategi ujian pengesanan Covid-19 yang menyebabkan bilangan keseluruhan ujian yang dilakukan lebih rendah dan bilangan kes yang dikesan menurun,” katanya. 

Negara yang merekodkan bilangan kes tertinggi minggu lalu adalah Korea Selatan dengan lebih 972,000 kes, Perancis (827,000), Jerman (769,000). 

Bilangan kes kematian baharu tertinggi ialah Amerika Syarikat (3,076), Rusia (1,784) dan Korea Selatan (1,671). 

Sehingga kini, lebih 502 juta kes baharu Covid-19 dan 6.2 juta kematian direkodkan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN