Sarawak cadang tambah kerusi DUN 99, DAP bantah

Sarawak cadang tambah kerusi DUN 99, DAP bantah

ABDUL Karim bersama Timbalan Menteri di Jabatan Premier, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menunjukkan teks ucapan pembentangan RUU penambahan komposisi DUN Sarawak sebelum mesyuarat khas, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) penambahan DUN daripada 82 kepada 99 kerusi, dalam satu sidang khas yang berlangsung semalam.

RUU berkenaan akan menggantikan RUU DUN (Komposisi Keanggotaan) 2014, yang me­netapkan keanggotaan DUN kepada 82 kerusi sejak ia berkuat kuasa pada 2015.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah yang membentangkan RUU DUN (Komposisi Keahlian) 2025 itu berkata, pertambahan itu perlu bagi mencerminkan peralihan demografi Sarawak dan pertumbuhan bandar serta permintaan perwakilan saksama.

Katanya, cadangan pertambahan bilangan wakil rakyat ini merupakan satu langkah berani, munasabah dan perlu untuk meningkatkan aksesibiliti kepada kerajaan,” katanya dalam sidang khas DUN Sarawak semalam.

Sekiranya urusan persempadanan semula itu dapat disiapkan secepat mungkin, 17 kerusi tambahan itu dapat dipertandingkan dalam pilihan raya negeri akan datang yang dijangka tahun depan.

Abdul Karim berkata, Sarawak menggunakan hak perundangannya untuk menambah kerusi di bawah Perkara 14 (1)(3) Perlembagaan Negeri.

Katanya, cadangan itu selaras Perkara 113 (II) Perlembagaan Persekutuan yang mem­benarkan kajian semula sempadan pilihan raya selepas selang waktu tidak kurang daripada lapan tahun.

Bagaimanapun cadangan tersebut mendapat tentangan wakil ADUN DAP Sarawak yang menyifatkan ia sebagai tidak adil dengan hanya bertujuan mengukuhkan sokongan kepada kerajaan pemerintah.

Violet Yong (DAP-Pending) berkata, langkah menambah jumlah kerusi daripada 82 kepada 99 tidak kena pada masa dan lebih bermotifkan politik semata-mata.

Katanya Kerajaan negeri Gabungan Parti Sarawak (GPS) ha­nya menambah kerusi di kawasan yang boleh dimenanginya, bukan di tempat yang benar-benar memerlukannya berdasarkan bilangan pengundi.

Menurut Yong, penambahan kerusi tanpa rundingan awam hanya akan memburukkan lagi ketidaksamaan nilai undi antara kawasan luar bandar dan bandar.

Malah penambahan kerusi baharu akan melibatkan kos yang tinggi dan berlaku pada ketika ramai rakyat Sarawak sedang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup dan kemudahan asas yang tidak mencukupi di negeri itu.

Chong Chieng Jen (DAP-Padungan) turut membantah cadangan penambahan kerusi DUN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×