SHANGHAI: Bandar ini bukan sahaja menyaksikan peningkatan kes jangkitan Covid-19, tetapi turut dibelenggu masalah bekalan makanan dan keperluan asas lain.
Bandar paling ramai penduduk di China itu merekodkan hampir 25,000 kes jangkitan Covid-19 hari ini ketika perintah berkurung masih dilaksanakan.
Menerusi polisi ‘toleransi sifar’ yang dikuatkuasakan, hanya petugas kesihatan, sukarelawan dan penghantar barangan dibenarkan keluar masuk ke bandar yang didiami 26 juta penduduk.
Bilangan kes di Shanghai adalah kecil berbanding jumlah jangkitan di beberapa bandar seluruh dunia.
Bagaimanapun, bandar itu sedang memerangi wabak Covid-19 terburuk di China sejak virus itu muncul di Wuhan, 2019.
Bandar ini menjadi tempat ujian bagi menguji, mengesan dan kuarantin secara berpusat bagi individu yang positif Covid-19.
Banyak pasar raya ditutup dan ribuan kurier terhalang memasuki bandar itu.-REUTERS