COLOMBO: Parti pembangkang utama Sri Lanka meminta kerajaan mengambil tindakan berkesan bagi menyelesaikan krisis ekonomi yang berlaku ketika ini atau berdepan undi tidak percaya.
Situasi ekonomi di Sri Lanka ketika ini ‘amat teruk’ dan kerajaan didakwa hanya ‘mempunyai dana yang terlalu sedikit’ untuk membayar import, sekalis gus menjejaskan bekalan makanan, bahan api dan ubat-ubatan.
Siri tunjuk perasaan juga dilaporkan berlaku hampir setiap hari sejak lebih sebulan lalu, biarpun kerajaan melaksanakan perintah berkurung bagi mengawal keadaan.
Selain itu, pentadbiran kerajaan pimpinan Presiden Gotabaya Rajapaksa juga tidak berfungsi pada kapsiti penuh apabila separuh daripada barisan menterinya sudah meletakkan jawatan pada minggu ini.
Pembangkan turut menolak untuk mewujudkan kerajaan pakatan bagi menyelesaikan krisis ekonomi terburuk negara ini.
“Kerajaan perlu membuat keputusan segera bagi memastikan semua masalah ini selesai. Kita tidak mahu rakyat terus menderita.
“Ambil pendekatan sewajarnya atau berdepan dengan undi tidak percaya,” kata ketua Parti Samagi Jana Balawegaya, Sajith Premadasa. – REUTERS