TOKYO: Jepun memutuskan untuk meneruskan bantuan kecemasan bernilai 400 juta yen (RM13.7 juta) ke Semenanjung Gaza, lapor Arab News.
Menteri Luar, Yoshimasa Hayashi berkata, krisis kemanusiaan di negara itu semakin kronik disebabkan pandemik Covid-19 dan banjir yang melanda.
Bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terjejas termasuk membekalkan bantuan Covid-19 kepada pesakit dan fasiliti penjagaan kesihatan.
Jelas Hayashi, bantuan itu akan diteruskan menerusi sistem E-Kesihatan, termasuk penjagaan kesihatan utama menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
Kementerian Luar Jepun juga menyatakan komitmen memainkan peranan secara aktif dalam meningkatkan situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza.