Israel lancar roket ke Semenanjung Gaza

Israel lancar roket ke Semenanjung Gaza

API dan kepulan asap dapat dilihat ketika Zionis melancarkan serangan roket ke Rafah di selatan Semenanjung Gaza, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel melancarkan serangan roket ke Semenanjung Gaza buat pertama kali dalam tempoh beberapa bulan sebagai tindak balas terhadap roket yang dipercayai dilancarkan oleh Hamas.

Siren amaran dibunyikan di selatan Israel semalam selepas serangan roket tersebut dilancarkan ke wilayah Zionis

Roket itu berjaya dipintas pihak berkuasa Israel dan dilaporkan jatuh ke dalam laut di luar Tel Aviv.

“Satu roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke wilayah Israel semalam. Roket itu dipintas oleh Sistem Pertahanan Udara Iron Dome,” menurut kenyataan ketenteraan Israel.

Beberapa jam kemudian, pasukan tentera udara Israel memaklumkan pihaknya membalas serangan itu dengan melancarkan roket ke arah pusat pengeluaran senjata Hamas.

Dalam pada itu, Hamas memaklumkan pihaknya berjaya memintas roket itu menggunakan sistem pertahanannya, selain mendakwa tiada korban jiwa direkodkan susulan serangan terbabit.

Setakat ini, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan roket tersebut.

Serangan itu dipercayai dilakukan susulan pasukan keselamatan Zionis menyerbu dan menyerang rakyat Palestin di Masjid al-Aqsa sejak Jumaat lalu.

Pihak berkuasa Israel menuduh Hamas yang  bertanggungjawab atas semua serangan roket ke wilayahnya.

Selain itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dijangka mengadakan perbincangan mengenai situasi semasa di Israel dan Palestin.

Konflik serupa berlaku di Baitulmuqaddis ada waktu yang sama tahun lalu, menyaksikan Israel dan Hamas saling berbalas serangan selama 11 hari.

Sementara itu, Hamas pada Ahad lalu memberi amaran kepada Zionis supaya tidak terus menyerang penduduk Palestin di Masjid al-Aqsa.

“Al-Aqsa adalah milik rakyat Palestin dan semua umat Islam di seluruh dunia.

“Hamas akan lakukan apa sahaja untuk memastikan umat Islam boleh menunaikan ibadat di Masjid al-Aqsa tanpa sebarang halangan, termasuk dari Zionis,” kata pemimpinnya, Ismail Haniyeh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN