India tawar dos penggalak kepada populasi dewasa - Utusan Malaysia

India tawar dos penggalak kepada populasi dewasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India akan menawarkan dos penggalak vaksin Covid-19 kepada golongan dewasa di negara itu mulai esok.

Langkah itu dibuat ketika jumlah kes varian baharu itu menurun dengan mendadak.

Lapor Al Jazeera, suntikan dos penggalak itu hanya terhad dan ditawarkan secara percuma kepada petugas kesihatan dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Golongan tersebut boleh mendapatkan suntikan dos penggalak itu di kemudahan kesihatan kerajaan.

Menurut Kementerian Kesihatan, individu dewasa yang sudah mendapatkan suntikan kedua vaksin kira-kira sembilan bulan lalu, juga layak menerima dos penggalak.

Namun, jelasnya, mereka perlu membayar untuk mendapatkan dos penggalak itu di kemudahan swasta dengan campuran dan padanan vaksin berbeza tidak dibenarkan.

“Ia bertujuan untuk menambah perlindungan tambahan,” kata Menteri Kesihatan, Mansukh Mandaviya menerusi ciapan di Twitter.

Kempen dos penggalak bermula pada Januari lalu dan hanya ditawarkan kepada petugas kesihatan dan warga emas.

Setakat ini, kira-kira 24 juta dos penggalak sudah diberikan di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN