Gadis 14 tahun ditawar masuk universiti ternama Indonesia

Gadis 14 tahun ditawar masuk universiti ternama Indonesia

RATU SAKINATUL AQILA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAMBI: Usianya baru mencecah 14 tahun, namun namanya sudah terpilih untuk masuk ke Universiti Airlangga (UNAIR) Surabaya bagi menyambung pengajian.

Remaja perempuan yang dikenali sebagai Ratu Sakinatul Aqila itu merupakan anak petani berasal dari Gresik.

Lapor Suara.com, anak bongsu dari dua beradik itu hanya mengambil masa selama 10 tahun untuk menghabiskan sesi persekolahan wajib.

Secara praktikalnya, Ratu akan bergelar graduan universiti pada usia 18 tahun sekiranya dia berjaya menamatkan pengajian selama empat tahun.

Pada usia 18 tahun, kebanyakan pelajar di Indonesia baru melangkah masuk ke kolej.

“Saya berasa senang untuk mengikuti kuliah pengajian kerana ia merupakan keinginan saya sendiri, selain disokong oleh ibu dan ayah,” katanya.

Lahir dalam keluarga sederhana, Ratu sentiasa memastikan pendidikannya menjadi keutamaan.

Hal itu dibuktikan apabila gadis itu sering mendapat markah tertinggi dalam semua subjek, selain turut menghafal 15 juzuk al-Quran.

Katanya, adalah penting untuk melakukan setiap perkara dengan penuh kesungguhan.

Ratu turut menjelaskan dia dapat menghabiskan sesi persekolahan wajib selama 10 tahun menerusi program lompat kelas.

Gadis itu turut mengakui dia berasa penat dengan program tersebut, namun berasa puas dengan usaha yang dilakukannya.

“Tipulah jika tidak cakap penat, namun saya akan pastikan semua usaha ini bermakna buat diri dan keluarga,” ujarnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN