Fasa awal Pemilu 2024 bermula 14 Jun depan

Fasa awal Pemilu 2024 bermula 14 Jun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan ‘fasa awal’ Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 akan bermula 14 Jun depan, tanpa memperincikan lebih lanjut mengenai proses yang terlibat.  

Jokowi berharap Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dan Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu) dapat berkerjasama segera dengan pihak Parlimen dan kerajaan melakukan persiapan menghadapi Pilihan Raya Presiden dan pilihan raya tempatan serentak. 

“Perkara ini sangat penting kerana ini adalah pertama kali kita mengadakan pilihan raya legislatif, presiden dan wilayah dalam tahun sama. 

“Jadi KPU dan Bawaslu perlu melakukan persiapan segera secara terperinci dan memastikan kualiti perjalanan proses demokrasi.

“Saya juga meminta KPU memberikan fokus untuk menyampaikan pendidikan politik kepada orang awam. Jangan biarkan rakyat termakan provokasi dengan parti politik tertentu,” katanya lapor Channel News Asia

Indonesia akan mengadakan tiga pilihan raya utama iaitu Pilihan Raya Parlimen, Gabenor dan Presiden pada 2024 yang pertama kali berlaku serentak dalam sejarah negara. 

Terdapat spekulasi yang mengatakan Jokowi berhasrat memegang jawatan Presiden melebihi mandat pentadbirannya selama dua penggal yang akan berakhir 2024. 

Media tempatan melaporkan perkara tersebut boleh berlaku menerusi pindaan Perlembagaan atau menerusi pilihan raya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN