Daesh mengaku letupkan bas mini di Afghanistan

Daesh mengaku letupkan bas mini di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan dengan meletupkan bas mini di Mazar-i-Sharif sehingga mengorbankan sembilan individu, semalam.

Jurucakap Polis Wilayah Balkh, Asif Waziri berkata, letupan kedua itu berlaku selang beberapa minit selepas letupan pertama di daerah berbeza di Mazar-i-Sharif ketika penumpang dalam perjalanan ke rumah untuk berbuka puasa.

Jelasnya, letupan turut menyebabkan 13 penumpang lain mengalami kecederaan.

“Serangan ini menyasarkan penumpang yang merupakan pengikut Syiah.

“Musuh Afghanistan sedang mencetuskan ketegangan dan perpecahan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Minggu lalu, serangan bom berasingan di masjid bandar Kunduz, utara Afghanistan menyasarkan komuniti minoriti Sufi sehingga mengorbankan 36 jemaah ketika solat Jumaat.-AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN