Britain mahu lelong kelengkapan Covid-19  - Utusan Malaysia

Britain mahu lelong kelengkapan Covid-19 

BEKALAN pakaian pelindung diri (PPE) yang bernilai 600,000 pound (RM3.3 juta) dijangka akan dijual pada harga serendah 250 pound (RM1,375). - PPE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan Britain mahu melelong sejumlah peralatan kelengkapan Covid-19 yang dibeli untuk mengawal penularan wabak itu berikutan terdapat lambakan bekalan yang masih tidak digunakan lagi.

Sebilangan besar set pakaian pelindung diri (PPE) yang bernilai 600,000 pound (RM3.3 juta) dijangka dijual pada harga serendah 250 pound (RM1,375) dalam usaha menjimatkan kos penyimpanan yang semakin meningkat.

Lapor Daily Mail, lebih tiga juta gogal, visor, apron dan pembersih tangan akan dilelong oleh kerajaan. 

Penggubal undang-undang Britain berpandangan langkah itu adalah cara terbaik untuk dilakukan memandangkan kos penyimpanan PPE mencecah sekitar 7 juta pound (RM38.5 juta) sebulan.

Seorang ahli Parlimen parti Buruh menyelar tindakan kerajaan yang membazir dengan membeli bekalan PPE dalam kuantiti banyak dan kini menjualnya pada harga tidak munasabah.

“Jika kerajaan tidak membazir wang rakyat, mereka mungkin tidak perlu menaikkan cukai ke atas pekerja di tengah-tengah krisis kos sara hidup yang semakin meningkat,” kata Wes Streeting.

Bagaimanapun, kerajaan menegaskan sebanyak 97 peratus bekalan PPE yang dibeli adalah sesuai.

Kerajaan juga memaklumkan pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan semula kos dibelanjakan dalam apa cara sekalipun yang dirasakan bersesuaian.

Bulan lalu, MailOnline mendedahkan bekalan kelengkapan Covid-19 yang masih belum digunakan termasuk lebih satu bilion visor.    

Berdasarkan akaun tahunan Kementerian Kesihatan, kerajaan membelanjakan kira-kira 14.8 bilion (RM81.4 bilion) untuk membeli PPE pada tahun pertama pandemik Covid-19. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya