Anak yatim menangis diberi peluang pilih baju raya sendiri - Utusan Malaysia

Anak yatim menangis diberi peluang pilih baju raya sendiri

SERAMAI 18 anak yatim dibawa membeli kelengkapan raya di sebuah pusat beli-belah di Pelalawan, Riau. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKANBARU: Membeli pakaian baharu untuk digayakan pada pagi Syawal sememangnya dinanti-nantikan oleh umat Islam, terutamanya golongan kanak-kanak.

Namun, tidak semua berpeluang untuk membeli pakaian baharu memandangkan ada golongan kurang bernasib baik.

Sehubungan itu, satu kumpulan sukarelawan di Pelalawan, Riau mengambil kesempatan menyantuni anak-anak yatim untuk membeli kelengkapan hari raya buat mereka.

Lebih mengharukan, 18 anak yatim di Rumah Relawan Dhuafa di Pangkalan Kerinci tidak pernah berpeluang menjejakkan kaki ke pusat beli-belah untuk membeli baju baharu kerana kebiasaannya menerima sumbangan pakaian daripada pihak tertentu.

Ketika kali pertama masuk ke pusat beli-belah, wajah anak-anak yatim itu kelihatan teruja, malah ada dalam kalangan mereka seperti tidak tahu baju mana yang harus dipilih kerana semuanya kelihatan bagus.

Selain itu, ada juga yang menangis kerana terlalu gembira diberi peluang memilih sendiri baju raya mereka.

Jurucakap kumpulan sukarelawan itu, Dedy Azwandi berkata, kebanyakan anak yatim itu tinggal di kawasan jauh dari bandar, menyebabkan mereka tidak pernah memasuki pusat beli-belah.

“Mereka diberi kebebasan untuk memilih apa sahaja baju dan kasut yang mereka ingini.

“Jelas terpancar riak gembira dan bersyukur apabila memilih baju raya sendiri, malah ada yang sampai menangis,” katanya seperti yang dipetik Kompas.com.

Selain itu, anak-anak yatim tersebut juga diberi duit raya untuk perbelanjaan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya