Adik-beradik dinamakan 'Lalu Dunia Pun Tersenyum', 'Dan Semuanya Menjadi Indah' - Utusan Malaysia

Adik-beradik dinamakan ‘Lalu Dunia Pun Tersenyum’, ‘Dan Semuanya Menjadi Indah’

KAD kelahiran dua beradik yang mempunyai nama unik di Brebes, Jawa Tengah, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BREBES: Pasangan adik beradik di Brebes, Jawa Tengah menjadi perhatian pelbagai pihak, termasuk media tempatan susulan mempunyai nama yang cukup unik.

Nama mereka tidak seperti kebanyakan orang lain, bahkan kedengaran seperti kalimah.

Nama pasangan adik-beradik itu adalah Lalu Dunia Pun Tersenyum, 12, dan adiknya, Dan Semuanya Menjadi Indah, 6 tahun.

Kedua adik-beradik itu tinggal bersama ibu bapa mereka di Desa Dukuhturi, Brebes.

Bapa kepada adik-beradik itu, Fajar Setiawan, 38, mengakui nama anak-anaknya sudah tular dalam media sosial dan mereka mula menjadi perhatian pelbagai pihak.

Fajar memberitahu, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi tersebut.

“Saya sedar bahawa satu hari nanti, nama anak-anak saya akan tular dan menjadi perbincangan masyarakat.

“Saya memang pilih nama itu sebagai doa yang baik-baik untuk anak-anak saya.

“Kalimah itu bermaksud yang baik, jika kita menyebutnya selalu, maka ia menjadi doa,” katanya seperti yang dilaporkan Tribunnews.

Fajar menceritakan, ibu bapanya pernah membantah untuk dia menamakan anak-anaknya menggunakan kalimah.

Jelasnya, ibu bapanya meminta dia menggunakan bahasa Arab, namun menolak cadangan itu, malahan memilih bahasa Indonesia.

“Saya yakin, tidak apa bahasa sekali pun, jika maksudnya baik, maka baiklah jadinya. Allah juga Maha Mengetahui,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya