57 cedera pertempuran di pekarangan Masjid Al-Aqsa - Utusan Malaysia

57 cedera pertempuran di pekarangan Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Seramai 57 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan polis Israel di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Lapor Arab News, mangsa cedera terkena peluru logam bersalut getah selain puluhan lagi mengalami sesak nafas semasa pasukan keselamatan melakukan serbuan.

Sebelum ini, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di Baitulmuqaddis melaporkan pasukannya membantu 31 mangsa cedera akibat peluru itu termasuk dua mengalami kecederaan serius.

Polis Israel turut menahan seorang lelaki cedera dengan kesan tembakan dari pekarangan Masjid Al-Aqsa dan menyekat jemaah yang ke tapak suci itu.

Hampir 150,000 penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat ketiga bulan Ramadan di Masjid Al-Aqsa walaupun sekatan dikenakan di pusat pemeriksaan di pintu masuk ke Baitulmuqaddis dan di sekitar jalan bandar tersebut.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap keganasan semakin teruk antara Palestin dan Israel ketika pertempuran antara kedua-dua pihak tercetus lagi di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

“kami amat bimbang dengan keganasan yang semakin meningkat di wilayah Palestin yang dijajh dan Israel sejak sebulan lalu,” kata jurucakap Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Ravina Shamdasani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN