50 peratus ekspatriat Eropah tinggalkan China  - Utusan Malaysia

50 peratus ekspatriat Eropah tinggalkan China 

PUNCA golongan ekspatriat meninggalkan China disebabkan pelaksanaan strategi sifar Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Hampir separuh golongan ekspatriat dari Eropah dilaporkan meninggalkan China sejak pandemik Covid-19 bermula.

Anggaran itu dibuat oleh Presiden Dewan Perniagaan Kesatuan Eropah di China, Jorg Wuttke dalam satu temubual bersama CNN.

Wuttke turut memberi amaran kemungkinan terdapat gelombang penghijrahan golongan ekspatriat itu lagi pada musim panas ini.

“Saya tidak terkejut sekiranya separuh lagi (ekspatriat yang masih ada) meninggalkan negara ini,” katanya.

Terdahulu, satu laporan dikeluarkan oleh Dewan Perniagaan British di China turut menyokong kenyataan Wuttke.

Laporan itu menyatakan sekurang-kurangnya 40 peratus guru sekolah antarabangsa di China akan meninggalkan tempat kerja itu sebelum permulaan sesi tahun persekolahan akan datang.  

Antara punca dikenal pasti mendorong ekspatriat meninggalkan China adalah pelaksanaan strategi sifar Covid-19 yang menguatkuasakan kuarantin sempadan ketat, perintah berkurung dan ujian saringan besar-besaran dalam usaha menangani jangkitan wabak.

Sementara itu, Wuttke turut memberi amaran implikasi ekonomi akibat sekatan Covid-19 di China boleh mendorong beberapa syarikat asing `memindahkan’ ibu pejabat serantau dari negara berkenaan.  

“Ia secara tidak langsung menjejaskan masa depan hab perniagaan utama seperti Shanghai dan Hong Kong ketika seluruh dunia mula melonggarkan sekatan,” jelasnya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN