20 maut kumpulan gangster bergaduh di Haiti

20 maut kumpulan gangster bergaduh di Haiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAITI: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan 24 yang lain cedera selepas pertempuran antara kumpulan gangster sejak beberapa hari lalu.

Agensi Perlindungan Awam Haiti berkata, ribuan penduduk lain melarikan diri dan meninggalkan rumah mereka akibat pergaduhan tersebut.

Pihak berkuasa memaklumkan, pertempuran berlaku sejak Ahad lalu di empat kawasan kejiranan di ibu negara Port-au-Prince, di lapangan terbang antarabangsa.

Insiden itu menyebabkan 12 rumah terbakar apabila ribuan penduduk meninggalkan kawasan tempat tinggal mereka dengan beberapa penduduk tinggal sementara di pekarangan pejabat datuk bandar.

Antara mangsa yang terbunuh ialah sebuah keluarga termasuk enam anak mereka.

Kawasan sekolah dan premis perniagaan di kawasan itu masih ditutup sehingga ke hari ini.

Jean Raymond Dorcely berkata, kesemua penduduk memerlukan bekalan air, makanan dan barangan lain.

“Mereka terpaksa meninggalkan rumah dengan tangan kosong.

“Saya dapat lihat kanak-kanak menangis kerana kelaparan dan ahli keluarga mereka tiada sebarang bekalan hendak diberikan. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari,” katanya.-AP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya