17 ahli Parlimen Sri Lanka angkat sumpah jawatan - Utusan Malaysia

17 ahli Parlimen Sri Lanka angkat sumpah jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Seramai 17 Ahli Parlimen Sri Lanka hari ini mengangkat sumpah sebagai menteri ketika negara itu berdepan ketidakstabilan politik dan krisis ekonomi yang teruk, lapor agensi berita Xinhua.

Sebelum pelantikan itu, Presiden Gotabaya Rajapaksa mahu menteri yang dipilih terdiri daripada Ahli Parlimen yang lebih muda.

Senarai Kabinet itu menampilkan beberapa muka baharu termasuk Kanchana Wijesekera yang dilantik sebagai Menteri Sumber dan Tenaga, Nalaka Godahewa (Menteri Media), Channa Jayasumana (Menteri Kesihatan), Pramitha Tennakoon (Menteri Pelabuhan dan Perkapalan) dan Prasanna Ranatunga (Menteri Keselamatan Awam dan Pelancongan).

Ali Sabry yang mengangkat sumpah awal bulan ini kekal memegang portfolio Menteri Kewangan.

Pelantikan Kabinet baharu itu dibuat selepas jemaah menteri sebelum ini meletak jawatan pada awal bulan lalu akibat ketidakstabilan politik dan krisis ekonomi.

Sri Lanka menyaksikan bantahan awam selama berminggu-minggu, dan penunjuk perasaan mendesak kerajaan mengambil langkah segera atau meletak jawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN