KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky sudah menyerahkan ‘senarai senjata’ yang perlu dibekalkan oleh United Kingdom (UK) bagi menghadapi serangan Rusia.
The Sun melaporkan, Zelensky menyerahkan senarai itu kepada Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menerusi panggilan telefon.
Sehubungan itu, Johnson berjanji untuk menghantar bekalan senjata itu secepat mungkin.
Katanya, bekalan senjata itu akan dihantar ke Ukraine menerusi Poland dalam tempoh beberapa ‘jam atau hari’ akan datang.
UK sebelum ini sudah pun menghantar 2,000 senjata antikereta kebal ke Ukraine.
Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Belgium merupakan negara yang belum menghantar senjata ke Kyiv.
Ketika ini, pasukann tentera Rusia dilaporkan semakin mara menuju ke Kyiv dan tentera Ukraine semakin tertekan untuk menghadapi tentangan Rusia.