Rusia terus mara, Ukraine enggan mengalah

Rusia terus mara, Ukraine enggan mengalah

BEBERAPA letupan berlaku akibat serangan tentera Rusia di loji nuklear Zaporizhzhia di Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Rusia meneruskan kemaraan di Ukraine biarpun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak, termasuk sekatan berterusan dari Barat dan Eropah.

Delegasi rundingan damai Ukraine dan Rusia sebelum ini mencapai persetujuan untuk mewujudkan koridor kemanusiaan bagi menjamin keselamatan penduduk awam.

Selain itu, kedua-dua pihak juga mungkin bersetuju untuk melakukan gencatan senjata buat sementara waktu.

Namun, Ukraine menegaskan, gencatan senjata akan dilakukan di lokasi koridor kemanusiaan dibangunkan bagi tujuan pemindahan secara selamat.

Dalam pada masa yang sama, Ukraine juga tidak mahu mengalah selepas lapan hari negara ini diserang Rusia.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berikrar Rusia akan menerima ‘pembalasan yang sewajarnya’ atas apa yang mereka lakukan di negara ini.

“Rundingan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin merupakan satu-satunya cara untuk hentikan peperangan ini.

“Jika Rusia berjaya menawan Ukraine, selepas ini negara lain pula jadi sasaran. Mungkin Latvia, Lithuania, Estonia dan banyak lagi,” tegasnya.

 

LOJI NUKLEAR DISERANG

Kebakaran di loji nuklear terbesar Eropah akibat diserang tentera Rusia berjaya dipadamkan oleh bomba Ukraine.

Loji nuklear Zaporizhzhia mengalami kerosakan dan terbakar akibat terkena bedilan tentera Rusia.

Situasi itu mencemaskan pelbagai pihak kerana loji kuasa itu dikhuatiri boleh meletup dan menyebabkan pencemaran radiasi.

Namun, pemantauan yang dilakukan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memaklumkan tahap radiasi di loji tersebut tidak berubah, selain kemudahan asasnya juga tidak terjejas.

Terdahulu, Kementerian Luar Ukraine menggesa tentera Rusia menghentikan serangan di loji nuklear Zaporizhzhia selepas stesen jana kuasa itu terbakar.

Menterinya, Dmytro Kuleba menegaskan, jika loji itu meletup, kesannya 10 kali lebih teruk berbanding Chernobyl.

“Sehubungan itu, Rusia perlu menghentikan serangan dan memadam kebakaran di loji itu dengan segera kerana kita tidak mahu masalah lebih besar berlaku,” katanya.

Ketua Pengarah IAEA, Rafael MGrossi turut memberi amaran ‘situasi tidak terkawal’ boleh berlaku sekiranya Rusia tidak menghentikan serangan di loji tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.