TNI tingkat kawalan maritim di sempadan Indonesia-Malaysia

TNI tingkat kawalan maritim di sempadan Indonesia-Malaysia

KOMANDAN Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia, Fauzi komited tingkatkan kawalan keselamatan maritim di sempadan kedua-dua negara. - KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUNUKAN: Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) menegaskan kawalan keselamatan maritim perlu dipertingkatkan, khususnya di kawasan sempadan negara ini dengan Malaysia.

Hal ini kerana Malaysia bakal membuka pintu sempadan antarabangsanya bermula 1 April ini dan langkah itu memberi kesan yang besar kepada daerah Nunukan, sama ada dari segi ekonomi mahupun keamanan.

Komandan Fauzi berkata, tidak boleh ada sedikit pun kesilapan kawalan keselamatan di kawasan perairan sempadan Indonesia dan Malaysia.

“Kita tidak akan beri muka kepada mana-mana pihak yang cuba melanggar undang-undang keselamatan maritim di kawasan sempadan kedua-dua negara.

“Angkatan laut TNI akan membuat persiapan menyeluruh menjelang pembukaan pintu sempadan antarabangsa Malaysia pada 1 April ini.

“Kita tidak mahu aktiviti penyeludupan pekerja asing tanpa izin ke Malaysia semakin meningkat, lebih-lebih lagi selepas Malaysia mengumumkan mereka memerlukan jumlah tenaga yang ramai susulan pandemik Covid-19 sebelum ini,” katanya kepada Kompas.com.

Jelas Fauzi, aktiviti penyeludupan pekerja asing tanpa izin ke Malaysia masih berlaku sepanjang pandemik dan sekatan Covid-19 dilaksanakan.

Maka, tidak mustahil jika kegiatan haram itu meningkat apabila Malaysia sudah buka sempadan sepenuhnya.

“Demi mencari rezeki di Malaysia, ada yang sanggup guna jalan salah sehingga ada yang terkorban dan jika boleh, kita tidak mahu insiden serupa berulang lagi.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa akan tingkatkan kawalan keselamatan maritim dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN