Tentera Rusia kuasai bandar di selatan Ukraine - Utusan Malaysia

Tentera Rusia kuasai bandar di selatan Ukraine

SEJUMLAH kenderaan rentung akibat pertempuran tentera Rusia dan Ukraine di pinggir Kyiv. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia mendakwa pasukan tenteranya sudah menguasai bandar Kherson di selatan Ukraine, ketika peperangan antara negara ini dengan Ukraine memasuki hari ketujuh.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov berkata, bandar Kherson dikuasai sepenuhnya oleh tentera Rusia selepas pasukan Ukraine gagal mempertahankan kawasan tersebut.

Katanya, keadaan di Kherson stabil dengan premis perniagaan dan kemudahan awam beroperasi seperti biasa, termasuk pengangkutan awam.

“Bandar Kherson tidak mengalami kekurangan bekalan makanan atau keperluan asas. Penduduknya masih boleh melakukan aktiviti harian mereka seperti biasa.

“Pasukan tentera Rusia akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan bagi memasti semua sektor di Kherson terus dapat beroperasi seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Kherson, Igor Nikolayev menerusi Facebook menegaskan, biar apa pun yang berlaku, beliau tidak akan meninggalkan Kherson.

“Kherson akan kekal dalam Ukraine dan kami akan terus bertahan,” ujarnya.

Bertentangan dengan kenyataan Rusia, Nikolayev mendedahkan bandar Kherson mengalami bekalan elektrik terputus, selain pihak berkuasa perlu ‘mengutip mayat penduduk awam yang bergelimpangan atas jalan’ akibat serangan Rusia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN