Syarikat teknologi Barat sekat media Rusia

Syarikat teknologi Barat sekat media Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Sejumlah syarikat teknologi bermula dari Facebook sehingga TikTok dan Microsoft menyekat organiasi media Rusia bagi menghalang penyebaran maklumat salah mengenai peperangan di Ukraine.

Meta akan mengehadkan akses penduduk di Kesatuan Eropah (EU) terhadap media Rusia termasuk RT atau Russia Today dan Sputnik.

Barat melabelkan kedua-dua organisasi media itu sebagai lidah rasmi Kremlin dan platform yang ‘menggalakkan dan mencetuskan peperangan’.

Selain itu, Twitter juga tidak ketinggalan memberikan amaran kepada penggunanya supaya tidak berkongsi pautan media Rusia dalam platform sosial tersebut.

Ketua Integriti Twitter, Yoel Roth berkata, platform itu mengesan lebih 45,000 ciapan setiap hari yang berkaitan dengan media Rusia.

“Twitter juga akan mengurangkan perkongsian maklumat mengenai peperangan di Ukraine bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk,” katanya.

Dalam pada itu, aplikasi TikTok juga mengehadkan akses penggunaannya kepada penduduk di EU, manakala Microsoft mengeluarkan aplikasi RT daripada ‘app store‘.

Netflix pula memaklumkan, pihaknya merancang untuk tidak menyiarkan rancangan berkaitan Rusia berdasarkan situasi semasa.

Terdahulu, EU mengumumkan pengharaman dua organisasi media Rusia yang disifatkan menyalurkan maklumat tidak tepat.

Jabatan Negara Amerika Syarikat juga menyatakan RT dan Sputnik tidak telus dalam menyalurkan maklumat mengenai Rusia.

Sementara itu, Sputnik menerusi satu laporan mengutuk pihak yang mengenakan sekatan terhadap organisasinya.

Agensi media tersebut menyifatkan sekatan yang dikenakan menghalang kebebasan bersuara dan memaklumkan masyarakat dunia masih boleh mengikuti sumber beritanya melalui saluran Telegram. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya