Suu Kyi jalani kuarantin selepas jadi kontak rapat individu positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Suu Kyi jalani kuarantin selepas jadi kontak rapat individu positif Covid-19

AUNG SAN SUU KYI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dilaporkan sedang menjalani kuarantin selepas didapati menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

Menurut seorang sumber, Suu Kyi yang ditahan sejak 1 Februari tahun lalu, tidak menghadiri sesi perbicaraannya di mahkamah junta selama tiga hari selepas salah seorang kakitangannya dijangkiti Covid-19.

Sumber itu mendakwa pemimpin berkenaan diletakkan dibawah kuarantin wajib.

Jelas sumber itu, Suu Kyi yang kini berdepan perbicaraan berkaitan dakwaan rasuah, tidak hadir ke mahkamah sejak Khamis lalu.

“Beberapa individu yang bersamanya dijangkiti Covid-19 maka beliau kini menjalani kuarantin, walaupun bebas daripada jangkitan virus itu.

“Kami bimbang kerana tidak dapat bertemu dengannya,” dakwa sumber itu.

Tambahnya, bekas Presiden Myanmar, Win Myint hadir pada sesi perbicaraan mahkamah menerusi persidangan video.

Peguam pemimpin itu sebelum ini mengesahkan Suu Kyi dan kakitangan peribadinya sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 sejak berada dalam tahanan tentera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN