Suami tak sengaja bunuh isteri dengan jengkaut

Suami tak sengaja bunuh isteri dengan jengkaut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki tidak sengaja terbunuh isterinya apabila melanggar mangsa dengan jengkaut dari arah belakang di tapak pembinaan kereta api di Ratchaburi, Thailand.

Dalam kejadin tragis itu, Kaikaew Thongkham, 45, bekerja bersama isterinya, Amphon Pima, 40, di tapak pembinaan tersebut, lapor Thethaiger.

Kaikaew memandu jengkaut tersebut, manakala isterinya akan menunjukkan arah laluan kenderaan itu.

Amphon dikhuatiri berada di tempat dan masa yang salah sehingga suaminya melanggar dirinya.

Selepas kemalangan yang tidak disengajakan itu, Kaikaew tidak dapat menahan sebak dan menyesal selepas terlanggar isteerinya.

Pihak polis menahan lelaki itu bagi soal siasat sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN