KYIV: Bunyi siren serangan udara dapat kedengaran di kebanyakan bandar di Ukraine awal pagi tadi, dengan orang ramai digesa mencari perlindungan.
Media tempatan melaporkan, bunyi siren itu dapat didengar di ibu negara Kyiv, yang terletak di barat bandar Lviv di Odessan, Kharkib, Cherkasy termasuk wilayah Sumy.
Tentera Rusia kelihatan berhimpun semula, semalam, dan kemungkinan akan berlaku serangan besar-besaran ke atas Kyiv.
Imej satelit juga menunjukkan tembakan meriam dilepaskan ketika batalion Moscow menghampiri kawasan ibu negara.
Dalam perkembangan lain, gudang simpanan makanan sejuk beku di Kyiv terbakar hari ini akibat bedilan meriam tentera Rusia.
Serangan berlaku pada pukul 3.40 pagi tadi.
Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran susulan asap tebal berwarna hitam berkepul-kepul di udara.
Tiada kematian akibat serangan di gudang tersebut dilaporkan.










