Singapura perluas kawasan larangan merokok

Singapura perluas kawasan larangan merokok

SEORANG penduduk merokok di tempat awam. - GAYA CHANDRAMOHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Bermula 1 Julai ini, Singapura akan mengenakan larangan merokok di tiga jenis premis baharu di republik ini.

Bagaimanapun, penguatkuasaan hanya akan bermula pada bulan Oktober bagi memberi masa kepada perokok untuk menyesuaikan diri.

Menurut Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar (MSE), Sentosa Development Corp (SDC) dan beberapa lembaga berkanun menerusi satu kenyataan, larangan merokok itu akan dikuatkuasakan di semua taman awam yang diuruskan oleh Lembaga Taman Negara (NParks).

Jelas kenyataan itu, larangan merokok turut dikenakan di tapak Active, Beautiful, Clean Waters (ABC Waters) di bawah Lembaga Utiliti Awam (PUB) dan 10 pantai rekreasi.

Lapor Channel News Asia, secara keseluruhan, ia meliputi kira-kira 100 kawasan seperti Taman Raffles Place, Pantai East Coast dan Pantai Tanjong.       

Larangan itu sekali gus menyertai lebih 49,000 tempat yang disenaraikan sebagai kawasan larangan merokok.

Ia termasuk pusat hiburan, pusat membeli-belah, perhentian bas, kawasan umum di bangunan kediaman.

Menurut pihak berkuasa, lanjutan larangan merokok itu adalah sebahagian usaha Singapura untuk mengekang aktiviti merokok dan menangani pencemaran asap tembakau.

Tahun lalu, lebih 13,000 kompaun dikeluarkan kerana merokok di kawasan larangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya