Rusia umum fasa pertama perang berjaya

Rusia umum fasa pertama perang berjaya, tentera mula bergerak ke Donbas

SEORANG anggota tentera Ukraine mengawal kawasan berdekatan gudang yang terbakar di Kyiv.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LVIV: Jeneral Tentera Rusia mendakwa ‘fasa pertama’ pelan ketenteraan Rusia sudah berjaya dilaksanakan dengan fokus utama sekarang disasarkan ke timur Ukraine. 

Lapor CNN, Kolonel Jeneral Sergei Rudskoy berkata, secara umum tugas utama fasa pertama operasi sudah dilengkapkan. 

Jelasnya, potensi tempur angkatan tentera Ukraine dikurangkan dan pihaknya menumpukan usaha utama mencapai matlamat pembebasan Donbas.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas tentera Rusia dilihat tidak berganjak di sekitar bandar utama Ukraine seperti Kyiv dan Kharkiv. 

Rusia juga gagal mengawal laluan udara di Ukraine dan mengalami kehilangan besar tentera sejak pencerobohan bermula. 

“Orang ramai dan pakar tertanya-tanya apa yang kami lakukan di kawasan bandar Ukraine yang disekat. 

“Tindakan ini dilakukan dengan tujuan menyebabkan kerosakan terhadap infrastruktur ketenteraan, peralatan, kakitangan Angkatan Tentera Ukraine bagi membolehkan kami menghalang tentera lawan daripada mengukuhkan pertahanan mereka di Donbas,” jelasnya.

Rudskoy berkata, seramai 1,351 tentera Rusia terbunuh di Ukraine dan 3,825 yang lain cedera. 

“Pada mulanya, kami tidak bercadang menyerbu mereka bagi mengelakkan kemusnahan dan meminumumkan kerugian dalam kakitangan dan orang awam. 

“Bagaimanapun, selepas tugas diselesaikan kami akan menumpukan sasaran utama iaitu pembebasan Donbas sepenuhnya,” katanya. 

Dalam pada itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, perang berjalan mengikut perancangan walaupun tentera Moscow mengalami kerugian yang serius.

Sehingga kini, tidak jelas sama ada kenyataan Rudskoy membayangkan peralihan sasaran tentera Rusia atau hanya mewakili perubahan dalam mesej awam. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN