Rusia setuju ‘kurangkan aktiviti ketenteraan’ di Ukraine - Utusan Malaysia

Rusia setuju ‘kurangkan aktiviti ketenteraan’ di Ukraine

PASUKAN bomba berusaha memadam kebakaran di sebuah kemudahan menyimpan bahan api akibat terkena bedilan peluru berpandu Rusia di bandar Lviv, Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Rusia akan ‘mengurangkan’ aktiviti ketenteraannya di utara Ukraine, termasuk berhampiran Kyiv susulan rundingan damai antara kedua-dua negara yang dilakukan di sini.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Alexander Fomin.

“Berdasarakan rundingan yang dilakukan, Rusia akan mengurangkan aktiviti ketenteraan di kawasan Kyiv dan Chernihiv,” katanya.

Ukraine sebelum ini menyatakan kesediaan untuk menjadi negara neutral tanpa menyertai mana-mana pakatan seperti yang ‘dimahukan’ Rusia.

Dalam pada itu, ketua perunding, Vladimir Medinaky berkata, rundingan antara Ukraine dan Rusia kali ini disifatkan ‘lebih bermakna’ dan kesediaan Ukraine itu akan dimaklumkan kepada Presiden Vladimir Putin.

“Putin juga boleh mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

“Selepas rundingan hari ini. Kami bersetuju dengan penyelesaian yang dicadangkan.

“Sekiranya semua perkara dipersetujui, maka usaha damai ini boleh dilakukan secepat mungkin dan semuanya bakal berakhir,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN