Rusia miliki hampir 6,000 senjata nuklear - Utusan Malaysia

Rusia miliki hampir 6,000 senjata nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kelmarin, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan supaya pasukan nuklearnya bersiap siaga dalam menghadapi peperangan di Ukraine.

Namun, banyak analisis berpandangan, amaran itu merupakan isyarat kepada negara lain supaya tidak memperbesarkan isu perang tersebut, selain jangan cuba masuk campur.

Berapa banyak senjata nuklear yang Rusia ada?

Menurut Persekutuan Saintis Amerika, Rusia dianggarkan mempunyai kira-kira 5,977 senjata nuklear, termasuk 1,500 senjata yang uzur dan bakal dilupuskan.

Selebihnya pula merupakan senjata nuklear strategik yang boleh digunakan untuk melancarkan serangan jarak jauh.

Peluru berpandu balistik antara benua – 1,185

Peluru berpandu balistik kapal selam – 800

Bom nuklear – 580

Biarpun begitu, hanya 1,588 senjata nuklear Rusia yang ‘layak untuk dilancarkan’ setakat ini.

 

Perbandingan dengan negara lain

Sebanyak sembilan negara mempunyai senjata nuklear iaitu China, Perancis, India, Israel, Korea Utara, Pakistan, Rusia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Rusia – 5,977

AS – 5,428

Perancis – 290

UK – 225

China – 350

Pakistan – 165

India – 160

Israel – 90

Korea Utara – 20

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.