Rakyat Britain dibayar RM1,900 jika tumpangkan rumah kepada pelarian Ukraine - Utusan Malaysia

Rakyat Britain dibayar RM1,900 jika tumpangkan rumah kepada pelarian Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan Britain akan memberi bayaran kepada mana-mana rakyat yang membenarkan kediaman mereka dihuni pelarian dari Ukraine.

Skim baharu yang digelar sebagai ‘Rumah untuk Ukraine’ itu akan membenarkan pelarian perang masuk ke Britain dan menetap bersama penduduk setempat, biarpun mereka tidak mempunyai pertalian keluarga.

Kerajaan akan membayar sebanyak 350 pund (RM1,914) setiap bulan kepada mana-mana rakyat negara ini yang sudi menumpangkan rumah mereka kepada pelarian dalam tempoh minimum selama enam bulan.

Di bawah skim baharu tersebut, orang awam, badan amal, perniagaan dan kumpulan komuniti boleh menawarkan kemudahan kepada pelarian Ukraine menerusi laman web khas pada penghujung minggu depan.

“United Kingdom (UK) sentiasa berdiri bersama Ukraine dalam menghadapi saat sukat ini dan rakyat Britain juga memahami keperluan penduduk Ukraine.

“Kami akan menghulurkan bantuan semampu yang boleh,” kata Menteri Perumahan, Michael Gove.

Mana-mana pihak yang berminat untuk tawarkan bilik atau rumah mereka untuk dihuni pelarian Ukraine perlulah bebas rekod jenayah dan premis menepati standard dibenarkan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya