Perang Rusia cetus krisis kesihatan di Ukraine - WHO - Utusan Malaysia

Perang Rusia cetus krisis kesihatan di Ukraine – WHO

MICHAEL Ryan - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran operasi ketenteraan Rusia di Ukraine mencetuskan krisis kesihatan di negara itu.

Agensi antarabangsa itu turut mengecam kira-kira 18 serangan yang menyasarkan kemudahan kesihatan dan petugas kesihatan di negara tersebut.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan berkata, operasi ketenteraan yang berlaku sejak dua minggu lalu, mengakibatkan hampir 2.2 juta penduduk Ukraine meninggalkan negara berkenaan.

Ia juga secara tidak langsung mencetuskan pelbagai krisis kesihatan di Ukraine.

Katanya, sebanyak 1,000 kemudahan kesihatan termasuk hospital dan klinik kesihatan, terletak dalam jarak 10 kilometer dari zon konflik.

“Sistem kesihatan negara itu diselubungi konflik dan krisis yang semakin buruk,” katanya dalam sidang akhbar.

Bagaimanapun, Ryan memaklumkan belum ada tanda lagi bahawa sistem kesihatan Ukraine berada di ambang kehancuran.

Sementara itu, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengesahkan 18 serangan ke atas kemudahan kesihatan, petugas kesihatan dan ambulans sehingga mengakibatkan 10 kematian dan 16 mangsa cedera.

“Serangan ini menjejaskan seluruh komuniti penjagaan kesihatan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN