Penduduk Bangkok sanggup beratur panjang untuk jual emas - Utusan Malaysia

Penduduk Bangkok sanggup beratur panjang untuk jual emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Penduduk di bandar raya ini sanggup beratur panjang di beberapa kedai emas untuk menjual barangan kemas mereka berikutan kenaikan harga tinggi susulan peperangan di Ukraine.

Lapor Thai PBS World, kebanyakan penduduk mengambil kesempatan itu untuk menjual emas bagi mendapatkan wang tunai untuk perbelanjaan dan juga simpanan.

Sehingga pukul 12.56 petang semalam, harga belian jongkong emas meningkat kepada 31,850 baht (RM4,028) dengan harga jualan pada 31,950 baht (RM4,041).

Menurut Persatuan Peniaga Emas, harga belian barangan kemas juga meningkat kepada 31,275 baht (RM3,956) dengan harga jualan bertambah menjadi 32,450 baht (RM4,103).

Persatuan itu turut meramalkan harga emas akan meningkat antara 32,000 dan 33,000 baht (RM4,046-RM4,173) sekiranya perang di Ukraine berlanjutan.

Keadaan itu menunjukkan harga emas kekal tidak menentu dan kebanyakan pakar pasaran emas mendakwa harga bahan itu boleh turun selepas perang berakhir.

Pada 28 Februari dan 5 Mac lalu, purata harga jongkong emas adalah antara 29,350 dan 30,250 baht (RM3,710 dan RM3,837).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya