Pasangan kekasih berkhalwat diarak ke balai polis

Pasangan kekasih didakwa berkhalwat diarak ke balai polis

TANGKAP layar video yang menunjukkan sepasang kekasih diarak oleh orang ramai kerana didakwa berkhalwat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALANG: Video menunjukkan pasangan kekasih diarak orang ramai menuju ke balai polis kerana didakwa berkhalwat menjadi tular dalam media sosial.

Dalam video itu, kelihatan pasangan kekasih itu cuba menutup muka mereka kerana malu.

Ketua Polis Gondanglegi, Pujiyono mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan, pasangan kekasih itu ditangkap penduduk kampung ketika berdua-duaan di dalam sebuah rumah.

Katanya, penduduk setempat sudah tidak tahan dengan perbuatan terkutuk pasangan kekasih itu dan membuat keputusan untuk menangkap mereka.

“Berdasarkan keterangan saksi, pasangan kekasih itu dikenali sebagai RBJ dan RS.

“Kedua-duanya merupakan penduduk Gondanglegi, Malang,” katanya seperti yang dilapor Tribunnews.

Menurut penduduk setempat, teman lelaki RS iaitu RBJ sering datang ke rumah sewanya dan berdua-duaan.

Pasangan kekasih itu pernah dinasihatkan supaya tidak melakukan perbuatan tersebut, namun tidak diendahkan.

“Ketika hari kejadian, puluhan penduduk mengepung rumah pasangan kekasih itu dan meminta mereka keluar.

“Selepas itu, pasangan itu diarak keliling kampung sebelum dibawa ke balai polis,” ujar Pujiyono.

Pujiyono turut memaklumkan, pasangan kekasih itu masing-masing sudah berkahwin dan menjalin hubungan selama tiga tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya