KEDIRI: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di tepi kubur isterinya di Semampir, Kediri, Jawa Timur kelmarin.
Lapor Kompas.com, lelaki itu yang dikenali sebagai Sugeng bersama cucunya berusia 10 tahun melawat kubur isterinya yang baru meninggal dunia beberapa bulan lalu.
Namun, ketika dia tiba di kubur, Sugeng melihat kubur isterinya mendap dan cuba menimbus kembali menggunakan tanah di sekitarnya.
Ketika asyik mengambus tanah, lelaki berusia 51 tahun itu tiba terjatuh-jatuh dan kepalanya terhantuk pada batu nisan kubur isterinya.
Kejadian itu menyebabkan Sugeng tidak sedarkan diri dan kepalanya berdarah, selain mencetuskan panik pada cucunya.
Jurucakap polis, Sunaryo berkata, cucu Sugeng menangis apabila melihat datuknya tidak sedarkan diri dan tangisannya didengari penduduk setempat yang melalui kawasan perkuburan tersebut.
“Penduduk setempat masuk ke kawasan kubur dan mendapati Sugeng tidak sedarkan diri.
“Lalu, mereka membawanya ke hospital dan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
“Polis mengklasifikasikan kejadian ini sebagai kematian mengejut dan Sugeng juga mempunyai sejarah penyakit kronik,” katanya.