Lelaki disiasat simpan lebih 500 basikal dicuri - Utusan Malaysia

Lelaki disiasat simpan lebih 500 basikal dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki di Oxfordshire, England sedang disiasat berhubung timbunan lebih 500 basikal yang dicuri di halaman belakang rumahnya.

Lapor Oddity Central, timbunan basikal itu begitu besar sehingga boleh dilihat menerusi satelit imej Google Earth.

Lelaki berusia 54 tahun itu ditahan pada awal bulan ini selepas penduduk di kawasan perumahan Oxfordshire mengadu mengenai timbunan basikal yang menjadi sarang pembiakan tikus.

Ketika polis menggeledah rumah lelaki tersebut, mereka terkejut menemukan 500 basikal yang bertimbun atas satu sama lain.

Timbunan basikal lama itu nampaknya disimpan sejak lima tahun lalu.

“Sejumlah besar basikal yang dipercayai dicuri sudah dirampas dari kediaman itu.

“Pegawai kami dalam proses mengenal pasti pemilik basikal tersebut,” kata jurucakap polis dalam sidang akhbar.

Berita berhubung timbunan basikal tular dalam media sosial sehingga warganet mempersoal bagaimana lelaki berkenaan boleh menyimpan ratusan barangan itu tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka dari jirannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN