Lelaki bogel di tempat awam rupanya hidap kecelaruan bipolar

Lelaki bogel di tempat awam rupanya hidap kecelaruan bipolar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang ditangkap dalam keadaan bogel di beberapa tempat awam tahun lalu, disahkan mengalami kecelaruan bipolar.

Tertuduh, Yeo Qi Wei membuat pengakuan bersalah di mahkamah daerah, hari ini, lapor berita.mediacorp. 

Suspek yang merupakan seorang warga Singapura, mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Lain (Ketenteraman Awam dan Gangguan) selepas berbogel di tempat awam serta satu lagi pertuduhan berkaitan jenayah pencerobohan.

Empat pertuduhan lain turut diambil kira semasa hukuman dijatuhkan, Mei lalu.

Hakim Daerah, Kessler Soh, meminta laporan untuk menilai sama ada lelaki itu sesuai menjalani perintah rawatan mandatori (MTO).

Menerusi satu video rakaman yang tular sejak tahun lalu, Qi Wei dilihat memanjat sebuah kereta dan menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di sebuah jalan berhampiran masjid di Eunos.

Pakar Psikiatri Institut Kesihatan Mental mengesahkan Yeo mempunyai sejarah mengalami kecelaruan bipolar dan mempunyai kaitan besar dengan kesalahan yang dilakukan oleh dirinya.

Gangguan mental itu bercirikan perubahan ’emosi’ yang teruk, dengan individu mengalami kemurungan yang berulang.

10 Jun tahun lalu, mahkamah mendapati seorang pemandu kereta sewa di sebuah tempat meletak kereta terbuka di Blok 212, Lorong 8 Toa Payoh pada pukul 5.40 pagi, terlihat Qi Mei hanya memakai seluar dalam mendekati kenderaan beliau.

Suspek kemudian menanggalkan seluar dalamnya dan memanjat ke atas kereta tersebut.

Pemandu kenderaan itu keluar dan berdepan dengan Yeo, namun dia tidak memberikan maklum balas sebelum turun daripada kereta tersebut.

Qi Mei meninggalkan seluar dalamnya di atas kereta itu dan berjalan di kawasan berkenaan serta menunggang sebuah motosikal ketika masih berbogel.

Dia juga didapati melanggar peraturan Covid-19 kerana tidak memakai pelitup dan topi keledar ketika menunggang motosikal.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya