Konvoi tentera Rusia mula bergerak, dijangka lancarkan serangan besar-besaran - Utusan Malaysia

Konvoi tentera Rusia mula bergerak, dijangka lancarkan serangan besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Konvoi besar tentera Rusia yang berhenti di luar bandar Kyiv sejak minggu lalu dilaporkan ‘sudah bersurai’ dan keadaan itu menyebabkan tentera Ukraine diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi di seluruh Kyiv.

Hal ini kerana dikhuatiri Moscow akan melancarkan serangan besar-besaran terhadap Kyiv pada bila-bila masa.

Maxar Technologies yang menyiarkan imeh satelit menunjukkan konvoi tentera Rusia sepanjang 64 kilometer itu sudah tidak lagi berkumpul dan ditempatkan mengikut beberapa posisi.

Maxar memaklumkan, jentera perang Rusia dilihat berkawal di sekitar beberapa pekan berhampiran lapangan terbang Antonov.

Malah, ada sejumlah jentera digerakkan ke kawasan hutan.

Imej satelit lain pula menunjukkan konvoi bergerak jauh ke utara Ukraine, selain mengubah kedudukan berhampiran bandar Lubyanka.

Pada mingu lalu, konvoi tentera Rusia dilaporkan terkandas akibat kekurangan minyak dan bekalan makanan.

Namun, beberapa penganalisis percaya Rusia sudah pun mengatasi masalah itu, menyaksikan konvoi berkenaan mula bergerak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN